ringkas seorang aku

aku fynn jamal.

dan apa kau jumpa sini
adalah repetasi.

ini;
adalah himpunan status2 fb aku.
3 | 21.10.2011 | 7 months ago


setakat letak gambar pejuang2 love-peace-n-freedom dgn quote spt “we are not free” “we are zombified” seumpamanya di page anda tidak menjadikan anda kool atau seorang revolutionist. dik, derang hidup zaman hippies. lauk derang ganja cocaine heroine, dik, hari2. tapi at least derang ada la jugak functionnya, fightnya; for whatever those were.

masalahnya kau~ kau kije stone je~ MEMANG AA kau hangin kena gi kelas, …kena gi kije.

stop making us nerds feel bad about our jobs.
WE LOVE OUR JOB.
WE ARE NOT ROBOTS.
WE DESIGN THEM.


fynn jamal, november 21st 2011

0 | 19.9.2011 | 8 months ago


Why do people keep on playing the victim card when the universal rule is YOU CAN ONLY use them once. Beb, sifat kaki merengek ni merimaskan; terhantuk meja, terluka kuku pun nak mintak perhatian, dik— sampai satu tahap, AKU KATA PADAN. Haven’t u heard of the boy who cried wolf?

fynn jamal, september 19th, 2011

2 | 17.9.2011 | 8 months ago


you know you have a great guy as your soulmate when you somehow think you married yourself. you know it’s weird. but you are happy knowing he knows everything without having you spell everything out loud.

and pack u chipsmore and orange juice for your road trip.


fynn jamal, september 17th, 2011

3 | 14.9.2011 | 8 months ago


setiap kali kawan2 suruh promote kawan2 lain utk di-match2-kan, aku kata “takde”.
setiap kali aku kata “takde”, orang kata aku kedekut kawan— save kawan, katanya.
yg org xtau, setiap kali kawan2 suruh promote kawan2 lain utk di-match-kan, aku nak jawab: “promote kemende, nak yg perfect, yg cantik, yg hensem, yg sporty, yg seksi, yg komfem dicemburui manusia sejagat”.

yang mcm tu ada satu tempat je dik non.
kat Sims Social.


fynn jamal, september 14th, 2011

0 | 13.9.2011 | 8 months ago


abang2 tembam yg rasa baju raya tu sendat kat kelengkang, minta jasa baik jgn xpakai samping. duduk2 di tengah: terkangkang, jgn ditiru abang2 keding. imej nakal baju melayu xbersamping bukan utk semua org, bang. mcm abang nyampah tgk kami yg gemuk pakai mini skirt atas keting.

fynn jamal, september 13th, 2011

6 | 13.9.2011 | 8 months ago


kalau semua org xsibuk mencari diri sendiri dalam tulisan orang, SEMUA ORANG boleh tulis SEMUA JENIS status dan entri.

malangnya tidak. maka hanya orang x berkawan mampu jadi penulis berlidah besi.


fynn jamal, september 13th, 2011

3 | 29.8.2011 | 9 months ago


aku paling suck dalam buat ucapan. sbb aku tak pandai. sebab itu aku tak terrer balas ucapan orang. sebab yang aku ada cuma terima kasih.

fynn jamal, august 29th 2011

0 | 27.8.2011 | 9 months ago


sejak subuh tadi berteleku depan komputer, tiba2 terperasan bunyi ngauman bas abah yang siap2 menjemput anak2 ke sekolah. berpuluh tahun dikerjakan tulang-temulangnya, tak pernah walau sekali didecit, jauh sekali diungkit.

*pause*
bagaimana aku balas budi? dengan jadi anak yang paling jarang balik.

*sebak*
raya kali ni, memang aku meleset je kat ketiak abah sampai abah belengas. bwahaha.
ya. itu plan agung aku.


fynn jamal, august 27th, 2011

8 | 26.8.2011 | 9 months ago


mungkin ini cuma aku. tapi sesungguhnya aku merasakan keberadaan aku menyaksikan sang arjuna raga membayar hak zakat atas namaku— sesuatu yang begitu seksi.

terlalu— sebenarnya— meski aku ini perempuan kental berperisai besi memancung dunia; merasakan dimiliki seorang suami mengimam solatku di setiap ‘asar dan ‘isya’ itu begitu melonglaikan—

seterusnya menjadikan aku perempuan yg paling perempuan.


fynn jamal, August 26th, 2011

11 | 20.8.2011 | 9 months ago


kalau ada orang gemuk tiba2 kurus dan hot siap tulang pipi tersembul dalam kurang 3 bulan dan kata itu semua kerana exercise—

sila ludah pada mukanya dan minta urine test.


fynn jamal, august 19th, 2011